Sunday, October 25, 2015

Penggal 3 STPM Pembelajaran Motor

1.0 Pengenalan             Kawalan motor ialah bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya. Kawalan pergerakan ini dihasilkan oleh sistem biologi. Dalam kawalan motor, terdapat dua jenis lakuan motor iaitu lakuan motor tanpa kemahiran (Involuntari) dan lakuan motor berkemahiran (Voluntari). Lakuan pergerakan involuntari dihasilkan secara luar kawalan iaitu berlaku secara spontan dan dalam masa yang singkat. Contohnya tangan kita akan segera bergerakbalas menarik apabila tersentuh duri yang tajam.                         Lakuan pergerakan voluntari dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Individu memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan itu. Perlakuan ini dibina melalui bakat, pengalaman dan latihan. Mutu perlakuan yang dihasilkan dipengaruhi oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman. Umpamanya kita belajar menunggang basikal ketika kanak-kanak dulu dengan bimbingan ayah dan ibu. Pengalaman menunggang basikal itu masih kekal sehingga kini walaupun kita mungkin sudah lama tidak menunggang basikal.             Pengelasan kemahiran motor pula terdapat tiga kriteria untuk membezakan kemahiran motor iaitu ketepatan lakuan, ciri pergerakan dan stabiliti persekitaran. Ketepatan lakuan berdasarkan jenis atau saiz otot utama yang terlibat dalam menghasilkan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu kemahiran motor kasar (penggunaan otot-otot besar) dan kemahiran motor halus (penggunaan otot-otot kecil). Ciri-ciri pergerakan pula ada tiga iaitu kemahiran diskrit, kemahiran berterusan dan kemahiran siri. Dihasilkan oleh individu secara terkawal atau luar kawal.. Kemahiran diskrit mempunyai titik permulaan dan titik pengakhiran yang spesifik. Ia melibatkan pergerakan pantas dan masa terhad. Contohnya kanak-kanak menendang bola. Kemahiran berterusan melibatkan pergerakan yang sama dan dilakukan berulang-ulang kali dengan titik mula dan titik akhir. Contohnya kanak-kanak berlari.             Kemahiran bersiri adalah gabungan beberapa kemahiran diskrit yang dicantum secara bersiri. Terdapat fasa-fasa kepada pergerakan seterusnya. Contohnya melompat dengan kedua-dua kaki bagi kanak-kanak 5 tahun ke atas akan boleh melompat jauh dan melompat tinggi sekiranya mendapat latihan dan kemahiran yang sesuai daripada guru dan ibubapa. Stabiliti persekitaran pula adalah kemahiran yang berasaskan stabiliti persekitaran dan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran luar kawal (open motor skill) dan kemahiran terkawal (closed motor skill) Manakala pembelajaran motor pula memberikan definisi iaitu satu proses pembelajaran kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi. Proses berlaku secara semulajadi bagi bayi dan bermula pada sejak lahir hingga dewasa.             Pembelajaran motor bayi berlaku dengan cepat dan lambat bergantung kepada bantuan dan bimbingan orang di sekeliling terutama ibu bapa. Pembelajaran motor kanak-kanak adalah pergerakkan motor yang diperolehi daripada pengalaman. Contoh apabila kanak-kanak dalam keadaan meniarap ternampak barang main di hadapan, kanak-kanak tersebut dengan spontan akan bergerak menggunakan kekuatan otot leher dan paha untuk bangun secara tiarap dengan bergerak untuk mencapai barang mainan. 2.0  Teori-teori kawalan motor             Teori kawalan motor adalah sejumlah kualiti atau idea abstrak tentang sifat pergerakkan dan sebab pergerakkan tersebut. Teori kawalan motor berusaha untuk menyediakan diri dalam menghadapi ‘apa’ dan ‘bagaimana’ manusia mengawalnya iaitu tindakbalas manusia terhadap sesuatu perkara sebagai contoh jika sesorang itu terkena cerek panas tindak yang dibuat adalah mengalihkan tangan dari cerek tersebut. 2.1 Teori Tindak Balas (Reflex Theory)             Teori tindak balas ini diasakan oleh Sherrington pada tahun 1906, Thorndike pada tahun 1927 dan Skinner pada tahun 1938. Pergerakan yang dilakukan oleh manusia pada asasnya dikawal oleh tindak balas iaitu pergerakan adalah kemuncak kepada urutan tindak balas yang berkait rapat dalam menghasilkan reaksi, perangai melalui syarat berkait rapat dengan kawalan motor dan tujuan tindak balas adalah untuk menjelaskan tingkah laku motor dapat dilihat oleh mata kasar. 2.1.1      Ciri-ciri Teori Refleks dan Teori Kawalan Motor             Terdapat tiga ciri-ciri bagi teori reflex dan teori kawalan motor iaitu bagi kedua-dua teori ini tidak ada penjelasan kepada keunikan pergerakan dan pengulangan tingkah laku tersebut. Iaitu pergerakan dan pegulangan kelakuan yang dilakukan oleh setiap individu tidak dapat dijelaskan keunikan pergerakan itu dilakukan oleh seseorang individu contohnya pergerakan yang berulang-ulang yang dilakukan oleh bayi yang cuba berjalan. Kedua-dua teori ini tidak boleh menjelaskan pelarasan-pelarasan dalam pelaksanaan lakuan motor . Teori-teori ini boleh digunakan untuk menjelaskan konsisten diantara setiap ciri-ciri pergerakan ruang dan masa, contohnya peringkat perkembangan motor halus dan kasar kanak-kanak. MenurutSheridan (1984), dia mencadangkan ciri-ciri itu perlu ditunjukkan dalam sebarang teori kawalan motor sepertikelenturan pergerakan, keunikan pergerakan, ketekalan pergerakan dan modifiabiliti pergerakan. 2.2  Teori Berhierarki (Hierarchical Theory)             Tokoh yang terdapat didalam teori ini adalah Hughlings Jackson pada tahun 1850, Keela pada tahun 1968 dan Schmidt pada 1991. Berdasarkan satu hierarki, permulaan daripada otak dan neokorteks, otak memberi arahan kepada semua perbuatan keputusan dan prestasi . Otak adalah “komander tertinggi” , otak berhubung dengan peringkat bawah sistem pusat saraf semasa pelbagai bentuk lakuan motor. Model konsep, program motor, menyediakan satu cara untuk pemahaman bagaimana pergerakan boleh dirancang terlebih dahulu melalui kemahiran terbuka dengan 2 peringkat iaitu pusat kawalan eksekutif dan sistem efektor. 2.2.1      Ciri-ciri Teori Berhierarki             Terdapat beberapa ciri teori berhierarki iaitu melalui pengertian umum tentang pergerakkan motor , kelenturan pergerakan adalah melalui matlamat kepada sesuatu pergerakkan. Keunikan dan ketekalan tingkah laku motor boleh juga dijelaskan melalui program motor paradigm. Disamping itu, pergerakan yang dilakukan boleh mirip satu sama lain iaitu melalui menggabungkan keunikan pergerakan tersebut dengan keupayaan untuk melakukan pergerakan serupa pada tahap kepakaran tertentu contohnya berlari dan menendang bola, daripada gabungan ini maka wujudlah pergerakan yang dipanggil permainan bola sepak. 2.3  Teori Sistem Dinamik             Tokoh didalam teori ini adalah Bernstein (1967). Teori sistem dinamik juga dikenali sebagai Teori Ekologi atau Teori Sistem Tindakan. Didalam teori ini percaya bahawa persekitaran adalah sumber yang penting dalam memberi maklumat untuk sesuatu tindakan atau tingkahlaku. Jika persekitaran yang didiami oleh kanak-kanak tersebut mengajar bahawa mencuri itu baik maka kanak-kanak tersebut akan melakukan perkara yang dianggap tidak salah itu. Tingkahlaku motor adalah ‘self organized’. Ia adalah tindakbalas daripada perhubungan atau cetusan daripada subsistem (neurological, biological, musculature). 2.3.1      Ciri-ciri Teori Sistem Dinamik.             Ciri teori sistem dinamik terbentuk kerana terdapat interaksi dinamik antara individu dan persekitaran, kelenturan pergerakan dan pengubahan pergerakan secara terperinci. Pelakuan yang unik dan kesinambungan pergerakan juga termasuk didalam fungsi otot-otot. Otot seseorang individu berfungsi setiap kali dia melakukan pergerakan, tidak kira walaupun pergerakan itu kecil . 3.0   Pemindahan Pembelajaran             Pemindahan pembelajaran ialah kesan  pengaruh kemahiran yang  sedia ada  ke atas pembelajaraan kemahiran yang baru.  Apabila seorang atlit kanak-kanak  dapat menguasai sesuatu kemahiran maka dia boleh menggunakan kemahiran itu untuk mempelajari  kemahiran yang lain pula. Contohnya seorang atlit sofbol yang sudah menguasai kemahiran menangkap bola bolehlah diajarkan pula kemahiran membaling bola ke arah rakannya. Pemindahan pembelajaran terbahagi kepoada tiga jenis iaitu Pemindahan Positif, Pemindahan Negatif dan Pemindahan Sifar. 3.1   Pemindahan Positif.             Pemindahan positif berlaku apabila kemahiran sedia membantu seseorang atlit menguasai kemahiran yang baru dipelajari.  Ini bermakna kemahiran yang dikuasai oleh atlit itu telah memudahkan dirinya untuk memahirkan dirinya dengan kemahiran yang lain. Umpamanya seorang atlit renang yang mampu mengawal pernafasannya dengan baik akan membolehkannya berenang gaya kuak dada dengan mudah. 3.2   Pemindahan Negatif             Pemindahan negatif berlaku apabila seseorang telah menguasai sesuatu kemahiran yang boleh menyukarkannya untuk mempelajari sesuatu kemahiran yang baru pula. Ini berlaku akibat ketidakserasian seseorang atlit untuk mencuba kemahiran baru walaupun kemahiran itu mempunyai persamaan dengan kemahiran yang telah dikuasainya. Contohnya atlit yang biasa menendang bola agak sukar untuk bermain sepak takraw. Walaupun permainannya masih menggunakan anggota yang  sama iaitu kaki. 3.3   Pemindahan Zero atau Neutral.             Pemindahan zero atau neutral pula berlaku apabila kemahiran atau pengalaman lalu yang dimiliki tidak memberi sebarang kesan kepada apa yang akan dipelajarinya. Contohnya pemain sofbol yang mahir memukul bola tidak akan memudahkannya untuk menggelecek bola dalam permainan bola sepak. 4.0  Pengekalan pembelajaran motor             Kita selalu tertanya-tanya mengapakah seseorang atlit itu tidak dapat mengekalkan kemahiran yang telah dikuasainya. Ada atlit berjaya melakukan kemahirannya dengan baik ketika latihan tetapi gagal melakukannya dengan baik ketika beraksi di dalam pertandingan. Mengapakah situasi ini berlaku?             Ini adalah kerana manusia menyimpan maklumat yang diperolehi untuk digunakan pada masa akan datang. Konsep paling penting dalam pengekalan ialah ingatan atau memori atlit itu. Kebiasaannya ialah penyimpanan keputusan tentang aktiviti pemprosesan maklumat Bagaimana dia mengawal memorinya untuk mengingat semula kemahiran yang telah dikuasainya pada satu masa dahulu dan diaplikasikan semula di dalam pertandingan. Maklumat yang dikumpulkan diterjemahkan kepada kod-kod lainnya melalui proses yang berkesinambungan.             Berikut dikumpulkan tiga bentuk. Sistem ingatan terlibat dalam kawalan pergerakan:- Shot-Term Sensory Store (STSS), Shot-term Memory (STM), Long Term Memory (LTM). 4.1  Short – Term Sensory Store (STSS).             Ini adalah bahagian memori yang paling dekat dengan dunia luar.  Segala maklumat yang diterima tidak disimpan untuk jangka yang panjang. Ada kalanya maklumat akan terkeluar secara spontan apabila diransang. Contohnya seseorang yang mendengar berita tentang kes pembunuhan secara sambil lewa. Dia tidak mengambil berat tentang berita itu tetapi apabila ditanya tentang kes itu dia secara spontan boleh memberikan sedikit sebanyak maklumat yang diingatnya tentang kes itu.             Ini bermakna maklumat yang diterimanya berfungsi  menyimpan sejumlah besar maklumat yang diterimanya selama jangkawaktu yang singkat. Dia menerimanya tanpa memanfaatnya dan kemudian dalam waktu yang singkat akan hilang kerana berlaku penambahan maklumat baru. Maklumat itu hanya diproses secara spontan sahaja.             Semua maklumat yang disimpan di STSS tidak boleh disampaikan secara tepat kerana manusia hanya berwaspada dengan pengeluaran keputusan yang begitu kecil. Maklumat yang tersimpan di dalam STSS akan hilang begitu sahaja. Akhirnya pilihan untukmeneruskan proses ingatan ini diambil oleh Shot Term Memory (STM). . 4.2   Short term memory (memori jangka pendek)             Di dalam STM ingatan juga adalah terhad. Ujikaji telah menunjukkan, untuk meningkatkan sesuatu maklumat yang berlainan, STM hanya boleh mengingatkan lebih kurang 5 hingga 7 patah perkataan sahaja (Miller1956). Ingatan di dalam Shot-Term Memory hanya boleh disimpan lebih kurang 20-30 saat, selepas itu maklumat itu akan hilang.             Sebagai contoh kita mempunyai banyak nombor telefon kenalan. Kita mungkin boleh mengingatnya dalam tempoh yang singkat sahaja. Setelah lama kemudian kita tidak akan dapat mengingat nombor-nombor itu lagi. 4.3  Long term memory (memori jangka panjang)                         Memori jangka panjang ini membolehkan  memuatkan atau menyimpan maklumat dengan lebih lama dan tetap. Ada kemungkinan ingatan ini dapat dikekalkan sehingga akhir hayat.  Memori ini mengandungi maklumat lepas yang terperinci dan boleh menyimpan maklumat tersebut dalam jangkamasa yang begitu panjang.             Contohnya berbasikal atau menyepak  bola, seseorang tidak boleh melupakan walaupun sudah bertahun-tahun tidak melakukan latihan. Ini menunjukkan memori ini telah kekal di dalam ingatnnya. Begitu dengan kemahiran membaca, jika seseorang itu telah pandai membaca ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.             Oleh itu seorang jurulatih haruslah memberi penekanan untuk meningkatkan daya ingatan atlitnya. Ini penting untuk memastikan atlitnya tidak lupa mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajarinya  di dalam permainan dan seterusnya pertandingan. Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu