Friday, January 14, 2011

Saya dan Penulisan..

* Bercerita tentang penulisan, ia adalah satu kemahiran yang unik, indah dan penuh dengan nilai-nilai ilmu didalamnya. Penulisan membenarkan saya meluahkan apa yang terbuku di hati, penulisan juga membolehkan saya menghargai kebolehan diri saya sendiri dan sesungguhnya penulisan adalah medium pengantara ilusi dan dunia nyata saya..

* Saya mula meminati penulisan sejak saya di sekolah rendah lagi, itu pun idea penulisan saya banyak dipengaruhi oleh hikayat dan cerita dongeng yang ibu ceritakan kepada saya sebelum saya tidur.. Antara cerita yang ibu saya ceritakan dan sampai sekarang saya ingati ialah; 'Dongeng Apai Saloi', 'Kasih Sayau', 'Antu Paoh', 'Bunsu Lemetak', 'Apai Saloi enggau Apai Seumang-Umang', 'Apai Saloi Bejual Kasam' dan banyak lagi cerita versi Iban yang lain.

* Masuk ke sekolah menengah SMK Pakan, Sarikei menaikan lagi taraf penulisan saya. Tetapi saya tak tonjolkan bakat saya kerana kalau lelaki bekarya, orang di sekeliling macam pandang serong pula. Jadi saya ambil keputusan untuk bekarya untuk diri saya sendiri. Jangan terkejutlah kalau dalam peperiksaan (subjek bahasa) saya lebih baik dari yang lain.

* Tingkatan 4, saya berpindah ke SMK Meradong masuk kelas sains lagi tu. Tapi, minat saya dalam bidang penulisan tidak pernah berkurang. Walaupun meminati bidang Sains, namun saya punya bahasa tidak pernah saya saya abaikan. Sehinggakan pada satu tahap saya menhasilkan sebuah novel yang sampai sekarang saya masih tercari-cari dimanakah novel itu untuk saya sambungkan ceritanya.. Novel itu sebenarnya sangat membawa makna sentimental di dalam diri saya kerana saya olah novel itu perpandukan kehidupan sebanar saya sebagai pelajar dan saya adaptasi ke dunia khayalan penulisan saya.

* Terfikir juga saya, sudah nak masuk tahun ke 4 saya di UPSI.. dan pada semester ini saya mengambil kursus Projek Tahun Akhir a.k.a Thesis bermakna gaya penulisan saya tercabar lagi tetapi kali ini adalah melalui penulisan ilmiah. Mampukah saya melakukannya.. dan yang pasti, bermula dari saat ini saya tidak akan berhenti bekarya lagi. Mata pena saya pasti akan sentiasa rancak menari di atas cebisan kertas kosong dan mewarnainya mengikut cita rasa dan adunan memori pengalaman, ilusi dan fantasi diri.. Dan yang paling penting, novel saya yang dahulu nescaya akan saya hidupkan kembali.

p/s: hanya orang yang tahu bekarya memahami nilai karya itu sebenarnya...

2 comments:

  1. I love this entry! I love writing too. ^^
    Dh pernah hntr hasil penulisan ke DBP?

    ReplyDelete
  2. White Dove, stkt nie x pernah lah smpai hantar ke DBP.. stkt pertandingan peringkat sekolah, bahagian dan negeri ada lah.. awak dh pernah hantar ke DBP kh?

    ReplyDelete