Monday, February 28, 2011

Untitled Yet..

    Hari ini, 28/02 telah diadakan satu perjumpaan pelajar semester  dan sem 7 untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan Latihan Mengajar (LM) yang aka diadakan pada Mei hingga Ogos tahun ini.. Antara perkara-perkara yang dibangkitkan dalam perjumpaan ini adalah lebih membincangkan berkaitan kelebihan pewujudan sesi 3 yang selama ini baru ditubuhkan. 

     Cuma apa yang menarik bagi saya dalam perjumpaan ini adalah semasa soal jawab. Mahasiswa tidak lekang melontarkan persoalan kepada Naib Cancelor UPSI berkaitan isu-isu yang bermula dari proses menjalankan LM hinggalah isu yang paling popular dalam kalangan pelajar iaitu, KEWANGAN. tetapi selain itu terdapat juga pelajar bertanyakan kemusykilan berkaitan pewujudan sesi 3 yang buat julung kalinya diwujudkan di UPSI. Antara persoalan yang menerpa pengurusan tertinggi UPSI pada masa itu ialah :

    1. Status Pengiktirafan Kursus Pengajian Malaysia.
    2. Isu mewakili MASUM semasa LM berjalan.
    3. Pentauliahan SUKSIS dan PALAPES yang diadakan bersamaan dengan LM.
    4. Add drop Kursus
    5. Kewangan!!!!!
 
    Kesimpulannya yang dapat saya buat apabila mengambilkira pertimbangan dan jawapan yng diberikan TNC serta Bendahari adalah pengurusan UPSI agak kelam kabut. Saya bukan berniat untuk memburukkan orang atasan apatah mengkritik orang bijak pandai seperti ini. Tetapi ini lah hakikatnya, memang banyak pincangnya dalam pengurusan terutamanya dalam menguruskan pelajar yang menjalani LM.

    Bagi saya yang sangat nyata ialah yuran pengajian. Sebagai pelajar saya sedar, ilmu bukan percuma untuk zaman ini tetapi biarlah apa yang dibayar adalah sesuatu yang mustahak dan sesuatu yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Namun yang peliknya, andai kata saya LM di Johor tetapi hakikatnya saya tetap membayar yuran pengangkutan kepada UPSI. Apakah maksud semuanya ini? Tidak habis dengan kewangan lagi, timbul juga persoalan berkaitan dengan kemasukan PTPTN @ Tajaan. Huhhh.... semua penjelasan yang diberikan sangatlah mengecewakan..

   Tapi, dalam duka terpalit juga gembira. Hal ini kerana kami dari semester 6 dapat konvo awal iaitu Mac 2012. Itu pun sebab semester 6 akan habis sem 8 pada Januari. Saya juga memuji sikap TNC yang nyata serius dalam usaha membantu mahasiswa/i UPSI menggenggam segulung ijazah secepat yang mungkin. Andainya apa yang dikata itu nyata, maka mahasiswa/i UPSI akan dapat menamatkan pengajian dalam masa 3 1/2 tahun sahaja.. Thanks GOD..


Mahasiswa sem6 sesi 2 2010/2011:

DE OUTLANDER@
MUNAN ANGKOM




No comments:

Post a Comment